Rabu, 11 Ogos 2010

Dasar Wawasan Negara (DWN)


  1. Fasa Pertama Dasar Wawasan Negara (DWN) berjaya dicapai melalui Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2 (1991-2000).
  2. Fasa Kedua Dasar Wawasan Negara akan dijayakan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-3 (2001-2010).
  3. Dasar Wawasan bertujuan untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang progresif dan makmur. Dasar ini mempunyai objektif untuk membentuk masyarakat Malaysia yang hidup dalam harmoni serta berkongsi untung nasib sepenuhnya dengan saksama.
  4. Pertumbuhan ekonomi akan terus diusahakan di samping tumpuan kepada pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat serta pengurangan ketidaksamaan sosial, ekonomi dan wilayah.
  5. Dasar ini akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan yang mampan dan mesra alam untuk memastikan alam sekitar yang bersih, sihat dan menarik serta berupaya memenuhi aspirasi negara.
  6. Dasar Wawasan Negara berteraskan kestabilan dan perpaduan negara. Kerajaan akan menyemarakkan semangat patriotik, menaikkan kematangan politik, dan membina masyarakat yang lebih bertolak ansur.
  7. Dasar ini bertujuan mengukuhkan institusi kewangan dan korporat di Malaysia.
  8. Kerajaan akan menyekat aliran modal jangka pendek yang bersifat spekulatif.
  9. Kerajaan dijangka menggalakkan penggunaan swasta (private consumption) disebabkan pendapatan boleh guna (disposable income) yang lebih tinggi. Pada tahun 2002, bonus yang lebih daripada 2 bulan yang ditawarkan oleh syarikat swasta kepada pekerja tidak dikenakan cukai tambahan.
  10. Kerajaan akan menggalakkan pelaburan asing dalam industri yang berinsentif modal dan berteknologi tinggi.
Sumber :
Mohd Tajuddin Abd Muttaliff (2005). Pengajian Am Kertas 1. Selangor : SNP Panpac Sdn. Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan